SKSM 21

Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke 21

November 4th, 2013

calMaklumat terkini berkenaan bengkel ‘Masalah Matematik untuk KSSR  dalam Memperkembang Kemahiran Berfikir Pelajar’ oleh Dr Ang Miin Huey

Tempat: Bilik 204, Pusat Pengajian Sains Matematik, USM

Kandungan bengkel dan jadual bolehlah di muat turun di sini.

Senarai peserta yang telah mendaftar boleh didapati di sini.

October 30th, 2013

pra

Pra-Pendaftaran SKSM21 akan diadakan pada

Tarikh         : 5 November 2013 ( Selasa)

Tempat     :  Tingkat 2, Gurney Hotel, Pulau Pinang.

Masa         : 8.00 pm – 10.00 pm

 

October 25th, 2013

MAKLUMAN

Peserta SKSM21 yang ingin membawa suami/isteri untuk Majlis Makan Malam SKSM21 boleh membuat tempahan melalui Pn Noor Hayati Marzuki( email: hayati@cs.usm.my). Sila beri maklumat pasangan seperti nama suami/isteri dan nombor telefon peserta.

Bayaran RM70.00 dan boleh dibuat semasa pendaftaran. Bayaran ini tetap dikenakan sekiranya pembatalan tempahan dilakukan selepas Rabu 30/10/2013.

 

October 18th, 2013

Aturcara program boleh dimuat turun di sini.

timetable

Panduan Pembentangan adalah seperti berikut:

Panduan/Format Pembentangan
1. Pembentangan amat digalakkan dijalankan dalam Bahasa Malaysia

2. Hanya seorang pembentang dibenarkan berucap bagi setiap kertas kerja.

3. Setiap pembentang akan diberi MASA 10-15 minit untuk pembentangan termasuk sesi soal jawab.

4. Sila bawa bahan pembentangan tuan/puan dalam bentuk CD atau pemacu ibu jari (thumbdrive).

5. Pihak urus setia tidak menyediakan khidmat mencetak dan fotokopi pada hari persidangan.

6. Pembentang diminta menyediakan slaid dalam Microsoft Powerpoint (serasi 2010) atau PDF.

7. Pembentangan kertas kerja dijalankan mengikut bidang dan turutan seperti di dalam Buku Program.

8. Untuk memastikan persidangan berjalan lancar, pembentang disaran untuk datang lebih awal dan memuatnaik fail SLAID pembentangan ke komputer sebelum sesi pembentangan bermula.

October 7th, 2013

Tarikh akhir pendaftaran: Isnin, 4 November 2013, 9.00 pagi

Satu bengkel istimewa untuk para guru akan dianjurkan bersempena SKSM21. Maklumat adalah seperti berikut:

Tajuk: Masalah Matematik untuk KSSR  dalam Memperkembang Kemahiran Berfikir Pelajar
Fasilitator: Dr Ang Miin Huey
Tarikh: Selasa 5 Nov. 2013 (8.30pg – 5.30ptg)
Tempat: Pusat Pengajian Sains Matematik, USM

 

studentsKurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah di seluruh Malaysia bermula 2011. Selain daripada memastikan pelajar mempunyai kemahiran literasi mudah pada akhir tahun tiga, KSSR juga diwujudkan dengan sasaran untuk memperkasa dan menambah kemampuan pelajar untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kebolehupayaan menyelesaikan masalah harian.

 

Dalam KSSR, pelajar diperkenalkan dengan konsep garis nombor dalam menyelesaikan masalah aritmetik asas seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor. Dalam bengkel ini, beberapa topik yang berakaitan dengan masalah seharian akan diperkenalkan. Topik-topik ini termasuk masalah pecahan, masalah ayam dan arnab, perkiraan usia yang tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan formula pada peringkat sekolah rendah tetapi dapat diselesaikan secara mudah dengan menggunakan garis nombor secara kreatif walaupun pada peringkat tahun tiga.

calTerkini [17 Oct]: Muat turun kandungan bengkel dari sini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr Ang Miin Huey di mathamh@cs.usm.my

September 30th, 2013

Aturcara Program SKSM21 2013

 

Hari Pertama, Rabu 6 November 2013

Masa Aktiviti
8-850pg Pendaftaran
850-900pg Bacaan Doa
9-910pg Pembukaan (Grand Ballroom)
910-1010pg Ucaptama (Grand Ballroom)
1010-1030pg Kudapan 1
1030-1120 Penceramah Plenari (4 sesi serentak) Hall 1-4
1130-1245 Sesi Selari 1
1245-200ptg Makan tengahari & Solat
200-330ptg Sesi Selari 2
330-400ptg Kudapan 2
400-600ptg Sesi Selari 3
830-1030mlm Makan malam: Majlis Perasmian dan anugerah PERSAMA

 

Hari Kedua, Khamis 7 November 2013

 

Masa Aktiviti
8-10pg Sesi Selari 4
10-1035pg Penceramah Jemputan(4 sesi serentak)
1035-1100pg Kudapan 3
1100-1230pg Perbincangan Panel
1230-200ptg Makan tengahari & Solat
200-330ptg Sesi Selari 5
330-400ptg Kudapan 4
400-600ptg Sesi Selari 6

 

Hari Ketiga, Jumaat 8 November 2013

Masa Aktiviti
800-1000pg Sesi Selari 7
1000-1020pg Kudapan 5
1020-1205tgh Sesi Selari 8
1205-300ptg Makan Tengahari dan Solat Jumaat
300-600ptg Sesi Selari 9
600ptg Kudapan 6/ Tamat

September 19th, 2013


cal

[!]Pengumuman terkini
Hanya kertas kerja dalam Bahasa Inggeris sahaja
akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke proceedings AIP

[!] Pihak SKSM 21 tidak menerima pendaftaran di lokasi. Semua proses pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum tarikh akhir pendaftaran iaitu 15 Oktober 2013.

[!] Kepada individu yang telah mendapat surat penerimaan abstrak, anda bolehlah menghantar kertas kerja penuh di sini sebelum 30 September 2013.

[!] Peserta-peserta SKSM21 dinasihatkan menyemak laman web dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini. Terima kasih.

 

 

September 12th, 2013


Sempena SKSM21, kami akan menganjurkan bengkel sebelum dan selepas simposium

1) Pengenalan dan Aplikasi R dalam Penyelidikan
Fasilitator: Dr. Mohd Bakri Adam (UPM)
Tarikh: Sabtu 9 Nov. 2013 (8.30pg – 5.30ptg)

2) Modelling Long-Memory using Autoregressive Fractionally Integrated Moving Average (ARFIMA) Process
Fasilitator: Prof. Madya Mahendran Shitan (UPM)
Tarikh: Sabtu 9 Nov. 2013 (8.30pg – 4ptg)

3) Principle Component Analysis and Cluster Analysis
Fasilitator: Prof. Madya Ahmad Shukri Yahaya (USM)
Tarikh: Sabtu 9 Nov. 2013 (8.30pg – 1tgh)

4) Latex untuk Penulisan Saintifik
Fasilitator: Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli (USM)
Tarikh: Selasa 5 Nov. 2013 (8.30pg – 5.30ptg)

Terdapat caj dalam lingkungan RM50 – RM200 untuk menghadiri bengkel.
Maklumat lanjut akan dimasukkan kelak atau anda boleh berhubung dengan
Dr. Zainudin Arsad di zainudin@cs.usm.my

“Borang pendaftaran Bengkel boleh dimuat turun
disini 
SKSM-21 Workshop Form